Monday 30 January 2012

Task 2 - Laman Web Sekolah

Laman-laman Web sekolah yang dilayari
1.http://www.skwangsajaya.edu.my/v2/ (SK Wangsa Jaya, Seksyen 4 Wangsa Maju, Kuala Lumpur)
2.http://www.sksaujanaimpian.com/capai.htm (SK Saujana Impian, Jalan Cheras, Kajang)
3.http://www.skj3.com/index.php (SK Jalan 3, Bandar baru Bangi, Selangor)
4.http://www.smksgpusu.net/ (SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor)
5.http://sksenawang.edu.my/index.php (SK Senawang, Seremban, Negeri Sembilan)

Laman Web SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor merupakan laman web terbaik antara laman-laman web yang lain.


Laman web sekolah ini memenuhi syarat-syarat atau ciri-ciri laman web yang bagus. Dari segi kandungan, laman web sekolah ini menarik, tepat dan sesuai sebagai organisasi pendidikan. Selain dari muka surat profil, terdapat juga muka surat bidang-bidang lain seperti pentadbiran, kurikulum, HEM kokurikulum dan PIBG. Elemen multimedia turut digunakan. Sambungan atau pautan juga relevan. Reka bentuk laman web sekolah ini mempunyai taraf kebolehgunaan yang tinggi. Taraf kebolehgunaan laman web sekolah ini dinilai dari aspek kandungan, maklumat pembinaan, reka bentuk navigasi dan reka bentuk skrin. 

Task 1 - Blog Sekolah

Blog-blog sekolah yang dilayari
1.http://www.skulumelakalangkawi.blogspot.com/ (SK Ulu Melaka, Langkawi)
2.http://skkubangkerian1.blogspot.com/ (SK Kubang Kerian, Perak)
3.http://sktanjongbidara8230.blogspot.com/ (SK Tanjong Bidara, Kampong Gajah, Perak)
4.http://skalorperoi.blogspot.com/ (SK Alor Peroi, Besut, Terengganu)
5.http://skserimawar.blogspot.com/ (SK Seri Mawar, Sabak Bernam, Selangor)

Blog SK Ulu Melaka, Langkawi merupakan blog terbaik antara kelima-lima sekolah tersebut di atas.

Blog sekolah ini mempunyai susun atur dan grafik (Layout) yang menarik. Warna yang dipilih Contrast  (Warna background dan foreground) memudahkan pembaca membaca. Font yang digunakan dan saiznya (Teks) sesuai. Maklumat yang dipaparkan sesuai dengan organisasinya. Maklumat ini juga telah dikemas kini. Terdapat juga kemudahan pautan ke blog dan laman web yang lain.

Secara keseluruhan penyampaian blog ini santai, kemas, mudah dan teratur, mesra pembaca dan memberi manfaat kepada pembaca misalnya e-learning sesuai untuk pelajar.

PKPGB Kohort 4


Berpeluang melanjutkan pelajaran di UUM pada Ogos 2009. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari Zon Utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sekarang masuk Semester 5 Pertemuan Kedua. Masih ada 1 semester (2 pertemuan) lagi.


Sedikit Tentang Diri Saya


Bertugas sebagai Guru Besar di SJK C Min Sin, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Sebelum ini, pernah mengajar di SJK C Sawit, Kelapa Sawit, Kulai, Johor, kemudian di SJK C Serdang, Kedah dan SJK C Sin Min A, Sungai Petani, Kedah. Telah dinaik pangkat sebagai Guru Besar di SJK C Cheong Chen, Bagan Samak, Kedah pada 16 januari 2008.




Hello


Hello, nice to meet you. I'm happy to be a new member of blogger.
So much have to learn.